top of page

Thomas Muller Bakal Menjadi Antara Pemain Bola Sepak Terkaya Di Dunia

  • TheGawang
  • Jun 10, 2019
  • 1 min read

Updated: Jun 18, 2019

Bintang Bayern Munich, Thomas Muller dilaporkan telah mendapat tawaran sebanyak £25 juta setahun untuk berpindah ke kelab Liga Super China musim depan.


ree

Gaji pemain bola sepak sudah mula meningkat secara mendadak hari demi hari.


Lionel Messi kini adalah adalah pemain dengan bayaran tertinggi dunia selepas menandatangani kontrak baru bersama Barcelona pada tahun 2017 yang bernilai lebih kurang € 650,000 setiap minggu.


Digabungkan dengan bonus dan penajaan, bintang Argentina itu dilaporkan memperolehi sebanyak €130 juta setahun.


Kedua dalam senarai ialah bintang Portugal, Cristiano Ronaldo. Selepas menyertai Juventus dari Real Madrid musim lepas, beliau memperolehi sebanyak €113 juta setahun.


Pemain sensasi Brazil, Neymar menduduki tempat ketiga (€91.5 juta) sementara Antoine Griezmann berada di tempat keempat (€44 juta) dan Gareth Bale di tempat kelima (€40.2 juta).


Andres Iniesta, Alexis Sanchez, Philippe Coutinho, Ezequiel Lavezzi dan Luis Suarez melengkapkan senarai pemain 10 teratas dan masing-masing menperoleh lebih daripada €28 juta setahun.


Tidak lama lagi, Paul Pogba juga bakal disenaraikan antara pemain terkaya dunia apabila khabar angin mengatakan bahawa Manchester United menawarkan kontrak baru yang membolehkan Pogba menerima sebanyak £500,000 seminggu bagi menghalangnya berpindah ke Real Madrid.


Begitu juga dengan Thomas Muller yang dilaporkan bakal ditawarkan gaji lumayan sebanyak €25 juta setahun ke China walaupun nama kelab tersebut masih belum didedahkan media.



“Blank, for now.”

 
 
 

Comentários


Buletin harian bola sepak antarabangsa

Langgani The Gawang untuk Menerima Informasi Bola Sepak Terkini

Terima Kasih!

The Gawang
  • Facebook Social Icon
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page