top of page

Sepanyol Juara Eropah Bawah-21

  • Fadhirul Afnan
  • Jul 1, 2019
  • 2 min read

Sepanyol berjaya merangkul kejuaraan Eropah (Euro) Bawah-21 apabila berjaya menewaskan penyandang juara Jerman, 2-1 di peringkat akhir kejohanan.


ree

Sepanyol berjaya membalas dendam atas kekalahan kepada Jerman pada tahun 2017 dengan kemenangan 2-1 ke atas Jerman, hasil jaringan daripada Fabian Ruiz (Napoli) dan Dani Olmo (Dinamo Zagreb).


Pada tahun 2017, Sepanyol tewas 1-0 kepada Jerman hasil jaringan Mitchell-Elijah Weiser dari Bayer Leverkusen. Namun tahun ini pemain Sepanyol ternyata lebih bermotivasi untuk menang dan akhirnya berjaya membawa pulang kejuaraan Eropah tersebut.


Kali terakhir Sepanyol menjuarai kejohanan tersebut adalah pada tahun 2013 di mana mereka berjaya mengalahkan Italy 4-2 hasil jaringan daripada Isco dan Thiago Alcantara yang menjaringkan hatrik.



Dendam Sepanyol Terbalas


ree
Fabian Ruiz meraikan gol beliau menentang Jerman (Kredit: Getty Images)

Sepanyol membuka jaringan melalui gol jarak jauh yang menakjubkan daripada Fabian Ruiz di luar kotak (23 meter) yang berjaya menewaskan penjaga gol Jerman, Alexander Nubel.


Dani Olmo menambah sengsara Jerman dengan menjaringkan gol hasil bola muntah daripada Alexander Nubel yang gagal menangkap kemas bola sepakan Fabian Ruiz dari luar kotak. Olmo kemudian menyudahkan gol tersebut dengan lob yang kemas dan mudah melepasi penjaga gol Jerman tersebut.


ree
Dani Olmo dengan penyudah yang tenang hasil bola muntah daripada Nubel (Kredit: Getty Images)

“Kami memliki semangat pasukan yang tinggi. Gol pertama memberi kami semangat untuk terus mengasak kubu lawan. Jerman pasukan yang hebat dengan cabaran yang diberikan. Mereka ada pemain yang bagus namun selepas memiliki kelebihan 2-0, kami berasa yakin dan saya fikir layak untuk menang,” kata Ruiz.


Jurulatih Stefan Kuntz mengatakan beliau tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut namun terpaksa akur dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Sepanyol pada perlawanan tersebut.


“Jelas sekali kami tidak gembira dengan kekalahan ini namun Sepanyol pasukan yang lebih baik. Kami tidak bermula dengan baik. Sepanyol memberi cabaran yang cukup getir dan semestinya beraksi di final membuatkan pemain berasa gemuruh.


“Selepas gol pertama kami cuba mendapatkan rentak permainan namun apabila kami dibolosi kali kedua di babak separuh masa kedua, kami berdepan kesukaran daripada sudut psikologi namun kami tidak memberi laluan mudah kepada mereka,” kata Stefan Kuntz.





 
 
 

Comments


Buletin harian bola sepak antarabangsa

Langgani The Gawang untuk Menerima Informasi Bola Sepak Terkini

Terima Kasih!

The Gawang
  • Facebook Social Icon
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page