top of page

Frank Lampard Bakal Ke Chelsea Semula?

  • Fadhirul Afnan
  • Jun 10, 2019
  • 1 min read

Updated: Jul 5, 2019

Chelsea dalam perbincangan untuk membawa Frank Lampard ke Stamford Bridge semula sebagai pengurus baru kelab.


ree
Frank Lampard membuat debut sebagai pengurus di Derby County musim lepas (Credit: Getty Images)

Frank Lampard dikaitkan ke Chelsea hampir setiap hari di seluruh media sukan dunia.


Pada mulanya, ramai peminat bola sepak beranggapan berita ini sekadar khabar angin daripada media selepas Maurizio Sarri berjaya memenangi Europa League bersama Chelsea musim ini, tetapi kini berita tersebut semakin hangat dibincangkan.


Tambahan pula, SkySports Itali telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sarri akan ke Itali untuk menggantikan Massimiliano Allegri di Juventus sebagai pengurus baru kelab gergasi Itali tersebut.


Walaupun ramai pihak di Chelsea masih was-was dengan pengalaman Lampard sebagai pengurus, namun pemilik kelab Chelsea, Roman Abramovich yakin bahawa Lampard mampu berjaya di Chelsea sebagai pengurus baru.


Selain Lampard, terdapat beberapa nama-nama lain yang dikaitkan sebagai pengganti Sarri di Chelsea iaitu Nuno Espirito Santo (Wolves), Javi Gracia (Watford), Massimiliano Allegri (Juventus) dan Erik ten Hag (Ajax).


Chelsea akan mempunyai sekitar £5 juta untuk dibelanjakan untuk pengurus baru memandangkan duit pampasan yang akan mereka terima jika Sarri membuat keputusan untuk meninggalkan kelab itu lebih awal dari kontrak asalnya.


 
 
 

Commenti


Buletin harian bola sepak antarabangsa

Langgani The Gawang untuk Menerima Informasi Bola Sepak Terkini

Terima Kasih!

The Gawang
  • Facebook Social Icon
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page