top of page

Ronaldo, Figo, Materazzi Bakal Beraksi Untuk Perlawanan Amal 'JDT All-Star' Di Johor.

  • Fadhirul Afnan
  • Jun 10, 2019
  • 1 min read

Updated: Jun 19, 2019

Legenda bola sepak dunia termasuk 5 bekas pemenang Piala Dunia dari Brazil dan Itali antara nama-nama yang akan berkongsi padang di Malaysia pada 30 Jun 2019.


ree

Perlawanan amal yang dinamakan 'JDT All-Stars' tersebut akan diadakan di stadium juara Liga Super Malaysia itu, Stadium Larkin pada 30 Jun ini dan akan memaparkan legenda Brazil; Ronaldo dan Roberto Carlos, maestro Portugis Luis Figo, bekas bintang Arsenal Robert Pires, legenda Inter Milan Marco Materazzi, bekas penyerang Argentina Claudio Caniggia dan ramai lagi.


Pengumuman itu dibuat oleh pemilik JDT dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris menerusi laman media sosial 'JOHOR Southern Tigers'. Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women's Aid Organization.

Tiket berharga RM50 (berbumbung), RM30 (Pintu C) dan RM20 (Pintu A&B) boleh didapat di Stadium Larkin. Kaunter juga akan dibuka antara jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dari 20 Jun hingga ke 30 Jun. Pembelian tiket atas talian boleh didapati di www.tickethotline.com.my.


Para legenda bola sepak yang berkunjung ke Johor juga akan mengadakan sesi 'coaching clinic' bersama para pelatih JDT Akademi di Pusat Latihan Padang Seri Gelam dan menghadiri sesi 'meet & greet' bersama penyokong-penyokong bertuah di JDT Cafe pada 1 Julai 2019.


Kredit: JOHOR Southern Tigers/Facebook



 
 
 

コメント


Buletin harian bola sepak antarabangsa

Langgani The Gawang untuk Menerima Informasi Bola Sepak Terkini

Terima Kasih!

The Gawang
  • Facebook Social Icon
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page