top of page

Nasser Al-Khelaifi: Tiada Lagi Tingkah Laku Selebriti

  • Fadhirul Afnan
  • Jun 10, 2019
  • 1 min read

Updated: Jun 18, 2019

Presiden PSG Naseer Al-Khelaifi mengatakan pemainnya "tidak berada di sini untuk menggembirakan diri mereka" dan telah membidas 'tingkah laku selebriti" di kelabnya.


ree
Nasser Al-Khelaifi berkata dia tidak mahu pemainnya "berlagak seperti bintang lagi" (Kredit: Getty Images)

Isu-isu di luar padang yang ditonjolkan pemain PSG pada musim 2018/19, kempen di mana Thomas Tuchel memenangi Ligue 1 tetapi disingkirkan oleh Manchester United dalam pusingan 16 dalam Liga Juara-Juara Eropah dan juga gagal memenangi piala domestik Perancis (French Cup) untuk kali pertama sejak tahun 2013.


“Para pemain perlu mengambil tanggungjawab mereka lebih daripada sebelum ini.” - Nasser Al-Khelaifi

Pemenang Piala Dunia, Kylian Mbappe telah berkata bahawa dia telah terbuka untuk mendengar tawaran dari kelab lain, manakala bek kanan PSG, Thomas Meunier menyatakan bahawa dia bersedia untuk meninggalkan Parc des Princes.


Adrien Rabiot pula enggan menandatangani kontrak baru bersama PSG dan menyimpan hasrat untuk ke Barcelona musim depan yang akhirnya menyebabkan Tuchel meletakkannya di bangku simpanan. SkySports melaporkan pada Jumaat lalu bahawa Rabiot telah mengadakan perbincangan mengenai perpindahan ke Juventus.


Nasser Al-Khelaifi yang menafikan tuduhan rasuah berhubung percubaan Qatar untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Atlet Dunia 2017, mahukan perubahan dalam sikap para pemain PSG menjelang kempen 2019/20 mereka.



 
 
 

Comments


Buletin harian bola sepak antarabangsa

Langgani The Gawang untuk Menerima Informasi Bola Sepak Terkini

Terima Kasih!

The Gawang
  • Facebook Social Icon
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page