top of page

James Maddison Akan Memakai Kasut 'Custom Made' Khas Buat Sophie Taylor

  • TheGawang
  • Jun 10, 2019
  • 1 min read

Updated: Jun 17, 2019


ree
James Maddison akan memakai kasut ini di Itali. (Kredit: James Maddison/Instagram)

Bekas pemain tengah Norwich City itu akan memakai sepasang kasut rekaan khas pada kejohanan Eropah Bawah-21 sebagai penghormatan kepada mendiang Sophie Taylor, peminat Norwich City yang berusia lima tahun.


Sophie Taylor adalah seorang gadis kecil dari Norfolk yang baru-baru ini meninggal dunia akibat kanser.


Sophie yang berasal dari Sprowston menjadi kawan baik dengan Maddison sebelum dia meninggal dunia akibat kanser pada Januari 2019.


ree
James Maddison bersama Sophie Taylor di King Power Stadium (Kredit: Getty Images)

Sebagai penghormatan kepada hubungan istimewa mereka, bintang Leicester City itu akan memakai kasut yang mamaparkan wajah Sophie di kasut tersebut ketika mewakili England di kejohanan di Itali bermula minggu ini.


Kasut rekaan khas itu dihasilkan oleh Puma dan Maddison menulis di akaun media sosial bahawa "kasut tersebut adalah sesuatu yang amat istimewa."


ree

Sophie menghidap penyakit kanser yang 'rare' iaitu kanser tulang yang dikenalpasti sebagai osteosarcoma pada tahun 2018.


Beliau adalah seorang 'maskot' untuk beberapa perlawanan di Carrow Road semasa Maddison bermain untuk Norwich City dan kedua-duanya meneruskan hubungan persahabatan mereka meskipun Maddison telah berpindah ke Leicester City di dalam perjanjian yang bernilai £25 juta pada musim 2018-19.





 
 
 

Comments


Buletin harian bola sepak antarabangsa

Langgani The Gawang untuk Menerima Informasi Bola Sepak Terkini

Terima Kasih!

The Gawang
  • Facebook Social Icon
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page