top of page

Aaron Wan-Bissaka Sertai 'Red Devils'

  • Fadhirul Afnan
  • Jun 10, 2019
  • 1 min read

Updated: Jun 30, 2019

Pemain bek kanan, Wan-Bissaka akhirnya sah menjadi pemain Manchester United dengan harga perpindahan bernilai £50 juta.


ree
Wan-Bissaka dengan jersi kelab barunya (Kredit: Manchester United)

Manchester United akhirnya telah mencapai persetujuan dengan Crystal Palace untuk menandatangani pemain berusia 21 tahun dari Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka dalam perjanjian bernilai £45 juta + tambahan £5 juta.


Nilai £5 juta tambahan itu difahamkan akan dibayar jika Wan-Bissaka berjaya membuat jumlah penampilan yang dijanjikan di antara ejen beliau dan Manchester United. Wan-Bissaka dijangka akan menerima gaji mingguan sebanyak £80,000.


Pemain antarabangsa England Bawah 21 itu menjadi pembelian kedua Ole Gunnar Solskjaer musim panas ini selepas Daniel James dari Swansea. Beliau adalah pemain kelima termahal di Manchester United di belakang Paul Pogba (£89 juta), Romelu Lukaku (£76 juta), Angel di Maria (£59.7 juta) dan Fred (£52 juta).


ree

"Ia amat menakjubkan dan satu penghormatan untuk menggelar diri saya sebagai pemain Manchester United dan saya tahu bahawa hanya sebilangan kecil pemain di dunia ini yang mempunyai peluang istimewa untuk mengatakan sedemikian.", kata Wan-Bissaka kepada laman web Manchester United.


“Ia adalah satu penghormatan untuk menggelar diri saya sebagai pemain Manchester United” - Aaron Wan-Bissaka

"Saya tidak sabar untuk pergi dan bermain di dalam skuad Manchester United. Saya akan berehat sebentar selepas kejuaraan Eropah tetapi saya tidak sabar untuk memulakan latihan dengan pengurus dan rakan sepasukan kelab baru saya ketika lawatan pra-musim akan datang ini".


Adakah beliau akan menjadi pemain penting dalam skuad Manchester United musim depan? Mampukah beliau mengembalikan zaman kegemilangan kelab itu seperti zaman Sir Alex Ferguson satu tika dahulu? Kita tunggu dan lihat.


Tinggalkan komen/pendapat anda di bawah mengenai perpindahan prospek muda yang menarik ini.


留言


Buletin harian bola sepak antarabangsa

Langgani The Gawang untuk Menerima Informasi Bola Sepak Terkini

Terima Kasih!

The Gawang
  • Facebook Social Icon
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page