top of page

20 Kelab Terbaik Oleh UEFA Untuk Musim 2018/19

  • TheGawang
  • Jun 10, 2019
  • 2 min read

Updated: Jun 26, 2019

Barcelona dan Chelsea masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dalam ranking UEFA yang dikeluarkan berdasarkan prestasi dan keputusan perlawanan dalam kejohanan Eropah musim 2018/2019.


ree

Minggu depan sudah genap satu bulan sejak Liverpool merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah kali keenam selepas mengalahkan Tottenham Hotspurs 2-0 di Madrid hasil jaringan Mohamed Salah dan Divock Origi.


The Reds menjuarai kejohanan terbesar Eropah itu namun menurut kedudukan yang dikeluarkan UEFA baru-baru ini, mereka hanya menduduki di tempat ketiga di belakang Barcelona dan Chelsea dengan 29 mata.


Walaupun pasukan Jurgen Klopp menang bergaya ke atas Barcelona di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, ia tidak cukup bagi UEFA untuk menempatkan mereka di kedudukan teratas dalam 20 kelab terbaik Eropah musim lepas.


Barcelona memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah mereka dengan baik apabila mendahului kumpulan B di hadapan Tottenham Hotspurs, Inter Milan dan PSV Eindhoven kemudian mengalah Lyon dan Manchester United di pusingan kalah sebelum ditewaskan oleh Liverpool 4-3 di peringkat separuh akhir.



ree

Selepas Barcelona, Chelsea dan Liverpool, pasukan dari Belanda yang merangkumi dengan pemain-pemain muda yang berbakat, Ajax Amsterdam menduduki tempat keempat manakala Arsenal dan Tottenham Hotspurs masing-masing berada di kedudukan kelima dan keenam.


Kelab-kelab besar lain yang berjaya mendapat tempat di dalam ranking 20 kelab terbaik Eropah adalah Manchester City, Juventus, Bayern Munich, Real Madrid dan PSG.



Senarai 20 Kelab Terbaik Eropah Oleh UEFA


1. Barcelona (UCL) - 30 mata


2. Chelsea (UEL) - 30 mata


3. Liverpool (UCL) - 29 mata


4. Ajax Amsterdam (UCL) - 27 mata


5. Arsenal (UEL) - 26 mata


6. Tottenham Hotspurs (UCL) - 26 mata


7. Manchester City (UCL) - 25 mata


8. Eintracht Frankfurt (UEL) - 24 mata


9. FC Porto (UCL) - 23 mata


10. Valencia (UEL) - 23 mata


11. Juventus (UCL) - 21 mata


12. Atletico Madrid (UCL) - 20 mata


13. Bayern Munich (UCL) - 20 mata


14. Real Madrid (UCL) - 19 mata


15. PSG (UCL) - 19 mata


16. Manchester United (UCL) - 19 mata


17. Borussia Dortmund (UCL) - 18 mata


18. Napoli (UEL) - 18 mata


19. AS Roma (UCL) - 17 mata


20. Benfica (UEL) - 17 mata



Anda bersetuju dengan kedudukan UEFA ini? Tinggalkan komen anda di bawah.



Comments


Buletin harian bola sepak antarabangsa

Langgani The Gawang untuk Menerima Informasi Bola Sepak Terkini

Terima Kasih!

The Gawang
  • Facebook Social Icon
  • Twitter
  • Instagram
bottom of page